Sunday, November 13, 2011

The Raining Day for The Happiness Bride - Akmal & Zahari

Client : Akmal & Zahari
Date :  11 Nov 2011 (11.11.11)
 bersamaan 15 Zulhijjah 1433h
Venue : Yong Peng, Johor
Photographer : Ly & Fauze
Editing : Lyphotoshoot




thanks to Zahari & Akmal n All the Cousin for the best photo..... 

Monday, October 17, 2011

Kekecewaan dihati Mamat Khalid....

Salam, dari mula aku buka blog sampai kehari ni, rase-rase ni la kali pertame aku menulis... tu pun lepas terbaca ape yg tersirat & tersurat dari salah satu pengarah melayu yang cukup aku kagumi.

sumber gambar: pakcik Google



Tempurung Pecah : Bangsat pengarah filem melayu kan mat ?
oleh Mamat Khalid..

Sedari mula aku mula mengarah hinggalah ke hari aku merasakan letihnya mengarah, dunia perfileman adalah alam yang aku sanjung dan sayang. Segala perhal kepentingan dunia ini aku tampung dan ampu bagai mendokong anak bongsu puteri bunian. Aku mahu dunia perfileman melayu harus megah dan disanjungi pembikinannya. Aku mahu filem dan drama melayu tinggi martabat sumbangannya pada bangsa dan negara.

Bukan aku seorang. Ramai pengarah-pengarah yang lain mempunyai niat dan rasa tanggungjawab yang sama di dalam pembikinan sesebuah karya itu. Filem-filem Uwei Hj Shaari memperceritakan budaya Melayu dalam setiap adaptasi penceritaannya. Erma dengan persoalan berat wanita melayunya. Aziz m osman juga di dlam filem terbaru Azura nya mengangkat budaya melayu hingga membuat penggambaran ke luar negara. Soal bangsa adalah keramat besar kami kerana itu adalah akar yang mencengkam bumi menahan langit yang dijunjung.


Apabila isu perkauman dimainkan oleh beberapa pengarah muda yang mulia di mata sesetengah masyarakat menduga akan isu perkauman dengan sengaja dengan hasilkerja mereka, aku mula gusar. Aku mula gusar dengan masyarakat itu sendiri. Mengapa seorang yang terang-terang menghina akar melayu aku di bumi melayu aku ini di angkat hero dan layak berjumpa menteri minta diberi pertolongan di dalam karya yang kononnya menyokong integerasi kaum.

Bangsa melayu sendiri melompat memberi kata semangat dan memuji kebagusan sipolan membuat filem dengan membayar tiket masuk bergasak menyokong filem yang 'lebih elok dari filem melayu biasa' itu. Aku tidak irihati dengan karya beliau. Malah mereka melayu yang terlibat di dalam filem itu pun bukannya aku peduli akan niat mereka. Yang menjadikan kepala aku bengkak adalah dengan sokongan sesetengah manusia melayu yang ingin mengangkat kerja manusia yang terang-terang bencikan bangsa aku. Di arak dan di beri penghormatan tahab menteri kerjanya itu. Kami yang terus menerus mendokong rasahormat kepada kedaulatan bangsa-bangsa dibumi ini tidak pernah mendapat layanan sebegitu baldu hamparannya.

Aku ingat lagi akan hari rakyat malaysia dikejutkan dengan video negara kuku nya yang menghina kedaulatan negara dan bangsa aku. Masih segar lagi peluh marah di hujung dahi aku ketika mula-mula aku menontonnya. Dan kini beliau hero? Kini beliau layak berjumpa Datuk Seri Perdana Menteri?

Gusar aku dengan masyarakat aku yang terlalu terdesak untuk menjadi ayam tambatan hingga sanggup mengangkat golongan bangsat menjadi ikon negara. Golongan komunis menjadi hero kemerdekaan. Memusing cerita aku tiada pernah dijajah atas inginkan diri dikenali ramai.

Adakah masyarakat kita kian lupa dengan maruah bangsa dan harapan anakcucu kita yang semakin rapuh dimakan dunia penuh pluralism ini? Adakah masyarakat kita sanggup menggadai hingga ke kain dalaman semata-mata untuk mendapat ereksi sementara tidak memperdulikan masa depan anakbangsa yang kian hanyut dikelabui mata dengan pandangan integrasi milik bangsa yang lain?

Aku dengan besar hatinya mengalukan perpaduan dengan filem aku namun bukan pujian atau sokongan yang aku dapat. Aku telan semua itu kerana aku inginkan filem yang bermaruah terhadap bangsa aku. Dan bukan filem itu menjadi penyebab ramai yang mendekati dengan karya aku. Ianya hilang ditelan masa dan demi masa aku akur dan harus meneruskan perjuangan dengan kerja-kerja yang lain. Dan kini aku dapati kerja yang jijik, yang menaikkan rasa benci terhadap sesebuah kaum itu rupanya boleh menjadi ikon dan hero pengarahnya!

Adakah aku tidak cukup bangsat untuk mendapat tempat setaraf sipolan. Mahukan Perdana Menteri berjumpa aku jika aku menyanyi 'gua mau jumpa lu' berulang kali di youtube? Kalau mahu boleh la aku memuat naik nyanyian bangsat aku ke halaman itu agar setaraf aku baratur berjumpa menteri.

Bongkaknya entry aku kali ini adalah cermin bongkaknya hati aku yang tidak cukup bangsat untuk menjadi pengarah yang berjaya memperdayakan masyarakat aku dengan pembikinan filem yang dapat mensucikan segala dosa terhadap bangsa dan negara aku.

Apa la Mat! Itu pun mau sensitip. Biarla! Masing-masing pun mau hidup ma! Dan aku mahu anak cucu aku terus hidup dengan megah bangsa bermaruah.


 Betul katanya mengapa org yang telah membuat bangsat pada bangsa kita boleh begitu tinggi tarafnya.... bukan berjumpe menteri yang menjadi persoalannya, tapi layanan yg diterima dsbgnya...  wahhh.. aku rase lepas ni ramai le yg tiru... sebab lepas tu boleh jadi mcm si bangsat ni... huhuhu... ( maafkan aku kerana terlalu kasar bunyinya) tapi aku rase mmg itu yg patut aku gelar untuk diri dia...

Betul kata Tun M.. "Melayu mudah lupa"... tapi aku bukan melayu yg itu, sebab "Aku mmg tak akan lupe ape yg org lain buat pada bangsa dan agama aku... " 

Emmmm... aku sependapat dengan Mamat Khalid, walaupun aku bukan pengarah filem melayu macam dia...
Wa solute lu bro....

Friday, June 17, 2011

Suhaimie & Zue

Client : Suhaimie & Zue
Date :  4 & 5 Jun 2011
Venue : Air Tawar, Kota Tinggi, Johor
Photographer : Ly & Fauze
Editing : Lyphotoshoot



Tuesday, June 7, 2011

Sheikh Mohayuddin & Fazura

Client : Sheikh Mohayuddin & Fazura
Date :  29 May 2011
Venue : Taman Skudai Baru, Johor.
Photographer : Ly & Fauze
Editing : Lyphotoshoot



Friday, May 20, 2011

SKM Bowling Tournament

Date : 14 May 2011
Venue : Summit, Batu Pahat
Photographer : Fauze
Edit : Ly



Pemenang-Pemenang Ketogori Wanita :

Tempat Ke -3 ( Rozita Daud )
_________________________________________________________________________________

Naib Johan ( Rodiah Yatimin )
__________________________________________________________________________________

 Johan ( Aznani )
_________________________________________________________________________________

Pemenang-Pemenang Ketogori Lelaki : 

Tempat Ke-3 ( Rasman )
__________________________________________________________________________________

Naib Johan (Azly)
__________________________________________________________________________________

Johan ( Rosdi )
__________________________________________________________________________________

Juara Kumpulan :
Kumpulan 3 ( Rasman & Rosdi )





























LinkWithin

Related Posts with Thumbnails